Tuesday, January 22, 2013

Multaqa2013 Pelajar tingkatan 2

LAPORAN MULTAQA - IBUBAPA/ PENJAGA DENGAN PENGURUSAN MRSM KOTA PUTRA


CADANGAN/PERTANYAAN

1. Pertukaran maklumat IGSE dengan MRSM-MRSM lain dan lawatan ke sekolah swasta
2. Muafakat di perkasakan
3. Bentuk pertolongan dan sokongan kepada anak-anak yang ambil subjek IGCSE
4. Langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan subjek IGCSE
5.Bila check point IGCSE ?
6.Kenapa MARA kutip wang caruman bulan Disember ?
7. SMS Blaster/ Bulk SMS
8.Kenapa subjek IGCSE ramai pelajar lemah?


RESPON PENGETUA / GURU

1. Ibu pejabat MARA sentiasa memanggil guru-guru IGCSE untuk berkursus dan menyelaraskan silibus

2.Lawatan juga dibuat kepada sekolah-sekolah swasta seperti sekolah SeRI Cempaka tetapi banyak modul mereka tidak dapat dilaksanakan kerana masih kekurangan prasarana internet.

3. Buku rujukan IGCSE boleh dibeli jika dijumpai di mana-mana kedai buku. Silibus IGCSE sama sahaja di mana-mana sekolah yang melaksanakannya dan maklumat tentang silibus boleh di dapati di laman web C.I.E  Cambridge International Examinations di alamat http://www.cie.org.uk/

 4. SMS Blasters telah dilaksanakan 2 tahun lepas tetapi sekarang syarikat pengendalinya telah ditutup. SMS Blasters akan diwujudkan semula dan akan dilancarkan bulan depan.

5. InyaAllah subjek keputusan IGCSE akan meningkat kerana sebab-sebab berikut :
a. Buku teks telah ditempah awal
b. PBS kementerian pelajaran akan dimulakan awal
c.Guru-guru dan pelajar telah semakin memahami silbus IGCSE
d. Guru - guru telah mendapatkan soalan dari BANK Soalan IGCSE
e. silibus matematik 10 bab sahaja berbanding 18 bab tahun lepas

6. Antara sebab subjek IGCSE menurun
a. subjek baru 
b.buku teks lewat sampai
c. contact hour sedikit
d. proses compacting dengan silibus MOE (Kemneterian) masih belum mantap.
e. silibus terlalu banyak untuk dihabiskan
f. jadual waktu sudah padat pelajar habis jam 4.50 setiap hari. Masa yang terluang sedkit untuk ulangkaji

7. Check Points 1 akan diadakan pada Oktober. Yuran peperiksaan akan dikenakan sebanyak 45 pound dan akan dipohon daripada ibubapa melalui satu surat khas kelak..

8. Tiada penjelasan kenapa wang caruman RM60.00 masih dikutip pada Disember sedangkan pelajar bercuti. Itu adalah polisi ibu pejabat MARA. Walaubagaimanapun mulai tahun ini wang caruman tersebut akan diserahkan kepada mrsm masing-masing untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan membeli alatan asas. Jadi wang caruman sebenarnya akan kembali kepada kebajikan pelajar-pelajar.

9. Muafakat akan cuba mengumpulkan ibubapa pelajar diluar kawasan  Besut di tempat yang sesuai dengan keadaan ibubapa.

10. Multaqa untuk tingkatan lain akan menyusul untuk memantapkan lagi Muafakat sebagai badan yang menjaga kebajikan pelajar dan guru.












































































6 comments:

Liza said...

Saya cadangkan sekolah mengadakan sidang audio/video atas talian (audio/video conference) agar ibubapa yang berada di luar kawasan Besut boleh mengikuti perjumpaan/multaqa' secara online. Boleh guna Skype/Paltalk atau mana-mana perisian yang sesuai (jika tidak memberatkan pihak sekolah). InshaAllah akan menjimatkan masa dan kos.

Anonymous said...

Ustaz, ade x video nasyid f2 mase Multaqa tadi

Anonymous said...

Saya mohon penjelasan lanjut berhubung jawapan pengetua dibawah:Lawatan juga dibuat kepada sekolah-sekolah swasta seperti sekolah SeRI Cempaka tetapi banyak modul mereka tidak dapat dilaksanakan kerana masih kekurangan prasarana internet.
Bolehkah diberikan maklumat ttg psarana Internet yg digunakan pakai oleh MRSM KOPU sekarang? Adakah MRSM termasuk dalam projek Bestari Net yg menggunaka rankaian 4G. In Shaa Allah drpd maklumat tersebut saya boleh membantu sekadar termampu bagi menaiktaraf psarana Internet MRSM, jadi bolehlah penggunaan sidang video bagi majlis tertentu di MRSM.

keri said...

saya memohon multaqa di kota putra diberitahu lebih awal supaya lebih ramai penjaga boleh hadir.

Anonymous said...

Saya ingin mengetahui lebih lanjut. Adakah pelajar igcse ini mengambil paper "English as first language" atau "English as second language"

faiizi said...

kami difahamkan mmg akan ada prgram seumpama bestari net akan dilaksanakan di MRSM Kopu. Pegawai MARA yang berkaitan telah melawat Kopu tahun lepas dan memaklumkan MRSM ini bakal mendapat rangkaian internet seumpama Unifi 10mb-30mb. Tapi ini akan memakan masa 2,3 tahun lagi. Buat masa sekarang internet maktab hanya 4mb. Sebab itu banyak program berasakan internet macam smart school dan e hafazan tidak dapat berjalan dengan baik